Anugerah Terindah (Part 2)
Part 2
“Abang... hmm esok kita pergi cari
klinik yer.. Ajak Ainun. Klinik??
awak dah fikir masak2 ke ni? Tanya Zakry,
“Abang... abang tak takut
ke apa2 jadi kat kita nanti? Sapa nak jaga anak ni? Siapa nak terima keadaan
anak kita nanti? Abang tak fikir ke? Bertalu-talu soalan dari mulut
Ainun... Kerisauan yang teramat sangat.. Hanya itu yang difikirkan Ainun sejak
balik temujanji 2 hari lepas.
“Okey... Abang akan
apply cuti lusa, nnti kita pergi..” Jawap Zakry lesuh. Risau juga dia
sesuatu akan terjadi pada Ainun nanti, hati suami mana yang tidak kalah dengan
kemahuan isteri... Zakry mengukir senyum menyembunyikan resahnya.. lalu menyuap
nasi kemulut.
Rezeki Ainun dan Zakry.. dapat temujanji dengan doktor pakar
sakit puan yang agak terkenal di salah sebuah hospital swasta. “Assalamualaikum doktor......” Zakry
memberi salam dimuka pintu.
“Waalaikumsalam...
Jemput duduk tuan,puan..” dengan lembut doktor lelaki yang kelihatan agak
berusia itu menjawap salam Zakry. “Puan
dan buat urien test tadikan... Alhamdulilah puan positive hamil” “Hmm...
Doktor... saya nak buang kandungan ni....” Ainun terus mencelah.
“Kenapa nak buang,
boleh saya tahu kenapa? Lembut doktor bertanya. “Hmm.. mcam ni doktor, isteri saya ni ada masalah kesihatan dan tidak
galak kan hamil....sebab takut memudaratkan anak ini dan kami risaukan masa
depan anak kami doktor” Jawap Zakry yang tidak mahu Ainun bersuara. “ Ini surat dari doktor kami untuk rujukan,
Zakry menghulur sampul coklat kepada doktor.
Selesai membaca surat rujukan itu... “Okey saya faham.. takpe tuan, puan.. kita buat ultrasound dulu yer...
klu ikut perkiraan baru 4 minggu kan..” Kata doktor sambil mengukir senyum.
Ainun berbaring di katil sambil di bantu oleh staff nurse yang sentiasa senyum pada Ainun. “Sblum ni dan pernah buat ultasound? Tanya doktor.. “belum....” Jawap Zakry ringkas... “Kalau macam tu mari kita tengok yer..”
Ainun dan Zakry menumpukan penglihatanya pada screen... “Tengok... nmpak tak
tu? Kaki dan tangan dah nak terbentuk.. ini kepala dia.. yang berdenyut tu
jantung dia.. Alhamdulilah sihat nampak nye.. Zakry dan Ainun terdiam hanya
kaku melihat screen sebesar TV 30 inci.Setelah selesai Ainun kembali duduk di
sisi Zakry, lalu doktor menghulurkan sekeping kertas.. Ia, itu gambar ultrasound
pertama bayi mereka.
Cuba tengok tu... “Cantikkan Anugerah
allah.. Tuan, puan dah fikir masak2
ke?...” “Pihak kami bukan tak boleh
buat, tapi kita akan lakukan jika kandungan itu menudaratkan kesihatan puan..”
“Kita tak boleh nak buktikan keadaan bayi
tu selagi dia tidak lahir..” Apa yg
saya lihat... kandungan puan nampak normal dan sihat.. Ia.. betul, banyak
kemungkinan akan berlaku.. mungkin 50/50 , 60/40... Tapi semua ini berlaku dengan
izin Allah swt..” “Ini ujian untuk tuan
dan puan.. Saya faham kerisauan puan.. Tapi sebagai umat islam.. saya tidak
galakkan... Saya tak nak keputusan ini akan jadi satu penyesalan nanti, anggap
lah ini anugerah dari Allah swt...
Berserahlah padaNya... Tuan dan puan jangan lah buat keputusan terburu-buru...
setiap apa yang berlaku ini pasti ada hikmah disebaliknya.. Allah swt memberi
ujian kepada hambanya sebagai tanda sayang Nya...Allah swt telah memilih tuan
dan puan untuk melalui ujian ini, rahsia Allah tiasa siapa yang tahu..Terus lah
berdoa, jangan ditambah lagi dosa yang ada dengan perkara ini... Saya tidak
pandai dalam menasihati tetapi saya hanya mampu memberi pandangan... Masih ada
masa... berdoalah moga Allah beri yang terbaik dan memudahkan segala urusan
tuan dan puan......”
Itulah kata-kata doktor yang kelihatan seperti seorang
pakcik di mata Ainun... Kata-kata itu
masih terngiang-ngiang di telinga Ainun, “Astaqfirullahalazim....
apa yang aku telah buat ni Ya Allah... kenapa aku begitu mementingkan diri..
bayi ini tidak berdosa... Andai sesuatu terjadi padanya, itu adalah kerna
dosa-dosa ku...Aku berserah padaMu Ya Allah.. Kau berilah yang terbaik untuk ku
di dunia dan akhirat walau hakikatnya aku tidak layak Ya Allah..”
“Sayang.... mengelamun apa tu...? Sapa
Zakry yang dari tadi memerhatikan Ainun yang tenggelam dalam lamunannya. “Eh..!
abang dah balik.. maaflah Ainun tak perasan...” Ainun seraya meghulur tangan
bersalaman dengan suaminya.. “Abang nak air? Ainun ambilkan yer...” Ainun
mengukir senyum... “Takpe lah abang dan minun tadi dengan Azrul sebelum balik
tadi...” Jawap Zakry ringkas. “Ainun nak turun bawah siapkan makan malam.. abang
rehat lah dulu yer... Ainun meminta diri, “Ehh... tak yah lah kita makan kat
luar je malam ni.... Meh picit belakang abang sikit..” Zakry merebahkan diri
nya diatas katil dan Ainun terus menghampiri sisi Zakry..
“Abang.....”
Lembut kedengaran suara Ainun.
“Hmm...” Zakry
yang hampir terlena.. “Hmm.... Ainun nak
minta maaf... selama ni Ainun buat keputusan tak fikir akan akibat dan bincang
dengan abang dulu...” Suara Ainun seakan tersekat-sekat. Zakry yang sedang
meniarap terus berpusing mengadap Ainun yang sedang menahan tangisnya. “Apa sayang cakap ni..? Tanya Zakry. “Ainun berdosa bang, Ainun terlalu risaukan
anak ni... Ainun tak nak dia lahir tidak sempurna.. Ainun Takut apa-apa jadi
pada kita nanti, tak ada siapa yang akan jaga anak ni... Tapi Ainun lupa yang
semua ni akan menambah dosa dan seolah-olah Ainun tidak bersyukur dengan nikmat
Allah swt.. sedangkan ramai lagi wanita diluarkan sana yang tak mampu untuk
merasai apa yang Ainun rasa sekarang ni.... Ainun menolak takdir Allah
bang.......” Seraya mengalir air mata Ainun derasnya dengan suara
tersekat-sekat... “Macam-macam Ainun rasa bang....” Ainun Tak nak anak kita ni
cacat...Ainun tak nak anak ni hilang kasih sayang kita andai umur kita tak
panjang..... Allhuakbar... Abang... Ainun tak sanggup..tapi Ainun lagi takut
menanggung dosa membuang anak ni....” Zakry hanya mendiamkan diri melihat
kedalam mata Ainun yang betul-betul dihadapannya... Sesungguhnya Zakry tidak
tahan melihat air mata Ainun.... dirangkulnya Ainun dan dibiarkan Ainun terus
meluah rasa dan tangisnyaa...
“Sayang......nangis
lah sayang.... luahkan lah.. Andai itu
mampu melegakan dihati sayang... Abang faham... selamani abang tunggu je sayang
cakap dengan abang...” “ Abang tak paksa.. dan abang pun tahu yang sayang
bukan membelakangkan abang...” “Tapi abang nak Ainun faham yang Abang akan
terima apa jua keputusan sayang andai itu yang sayang rasakan terbaik..” “Berat
pada abang... berat lagi pada sayang...” Kata-kata Zakry membuat Ainun
merasa tenang dan damai... Segala sakit dan resah didada Ainun seakan hilang...
betapa suaminya memahaminya dan sentiasa memberi ruang padanya untuk berfikir
dan membuat keputusan.....
“Abang.... Ainun dan
nekad... Ainun akan jaga kandungan ni... Ainun akan jaga dan sayang sepenuhnya
anak ni, walauapapun keadaan nye nanti.. ini anugerah terindah untuk Ainun..” “abang
bantu Ainun yer... Doakan Ainun terus kuat dan tidak memikirkan perkara yang
tidak baik... Ainun janji abang.....” Ainun dengan bersemangat menyatakan
hasratnya. Zakry tersenyum lebar kepada Ainun sambil mengesan air mata di pipi
Ainun lalu merapatkan wajah Ainun kedadanya.....
“Iya sayang... InsyaaAllah... Terima kasih sayang... ini anak kita..
kita sama jaga yer.. Abang juga janji pada sayang yang abang tidak akan sia-siakan sayang dan zuriat kita
ni..Allah mengizinkan hadirnya zuriat ini adalah sesuatu perkara yang paling
bermakna dalam hidup abang.. Sayang tak perlu nak fikir perkara yang tidak
perlu.. focus pada masa sekarang.. selebihnya kita berdoa dan berserah kepada
Allah swt.. kerna Dialah sebaik-baik perancang,terima kasih sayang....”
Lalu Zakry dengan lembut mengucup dahi Ainun..


Comments
Post a Comment